Thursday, 7 January 2010

Candu





“Ustaz, sejauh mana skeptisme kita-umat Islam- terhadap masyarakat bukan Islam? Adakah bermakna kita tidak harus langsung bermuamalat dengan mereka?”, tanya Sukainah kepada Ustaz Zul dalam sebuah kelas pembelajaran Aqidah. Ustaz Zul menghela nafasnya. Dia meneguk air teh manis yang hampir sejuk sesudah menjamah sedikit kuih kasturi yang di sediakan Tiqah sebelum kelas bermula. Ketayap putih di atas kepalanya ditanggalkan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Hemm begitulah nampak gayanya. Kita tidak harus bersangka baik walau sekelumit pun terutama pada komunis yang percaya agama adalah candu kepada masyarakat”, jawab Ustaz Zul ringkas. Para hadirin yang hadir terdiam. Don yang duduk paling hampir dengan Ustaz Zul separuh ternganga. Hampir-hampir lalat yang berlegar-legar dalam kelas itu masuk ke mulutnya kalau tidak Don menepis lalat itu.



Ruang kelas yang memuatkan hampir 30 orang pelajar itu sunyi sebentar bagai dilanggar Garuda pada zaman Majapahit. Dijah yang dari tadi sudah gatal hidungnya kerana menahan bersin pun terus menahan bersin takut-takut pecah kelas itu dengan bunyi bersinnya. Di sudut kanan kelas tersebut, Irfan dan Kasim menggeleng-gelengkan kepala selepas memandang sama sendiri. Mereka terkenangkan kawan-kawan “kafir” mereka yang begitu bersopan santun dan sangat komited tentang nasib setinggan di bandar dalam dalam bengkel anjuran Kelab Tukul dan Sabit Merah bulan lepas. Kelas malam itu berakhir dengan soalan berkenaan dan semua yang hadir bersurai. Skeptisme terhadap orang kafir dan komunis menjadi hantu dalam kepala irfan dan Kasim.


Pagi itu seperti biasa Irfan bangun dan terus ke bilik air sesudah meneguk air putih sejuk. Niat dihatinya pagi itu dan pagi-pagi yang selalu ingin melangsaikan hampas perutnya. Kalau perutnya kosong barulah badan dan otaknya mampu berfungsi untuk hari itu. Pernah suatu hari, Irfan seperti orang ketagih rokok kerana dia gagal melakukan aktivitinya di bilik termenung akibat sembelit. Mujur ada pisang dan buah betik milik Kasim menjadi penyelamat.




Sementara Irfan selesai urusannya, Kasim yang sudah bangun lebih awal, cuba meneliti persoalan Sukainah dan jawapan Ustaz Zul malam tadi. Dia membelek-belek Fiqh As-Sirah karangan Imam Said Ramadhan Al-Buti ulama tersohor asal Utara Iraq. Adakah benar kita langsung haram bermuamalat dengan bukan Islam. Kalau-kalau ada jawapan dalam kitab sirah berkenaan tentang contoh amalan Nabi berhadapan dengan masyarakat bukan Islam di Madinah setidak-tidak pun periode pasca Hijrah yang menjadi titik tolak dan kayu ukur umat Islam seusai wafatnya Nabi besar Muhammad. Kasim masih belum ketemu jawapan konkrit tentang soalan berkenaan. Cuma ada kisah Nabi sendiri sewaktu Hijrah menggunakan penunjuk jalan Abdullah Bin Arqat manusia Arab yang bukan Islam. “Ada juga manusia bukan Islam yang namanya wujud perkataan Allah rupanya. Nabi tak menegah kah?”, getus hati Kasim. Fikirannya melayang pula pada tajuk utama laman web Malaysiakini yang dibacanya pagi tadi. “MAHKAMAH TANGGUH PENGGUNAAN NAMA ALLAH”. Kasim terus membelek.


“Ha, lega sudah perut kau?”, tanya Kasim sesudah Irfan masuk semula ke bilik. “Fuhh lega. Baru lah tenang sedikit”, jawab Irfan sambil menyarung seluar bermudanya tanpa berbaju. Rumah sewa dua bilik itu terasa tenang benar pagi itu. Bunyi ayam Pak Man rumah sebelah mengais-ngais tanah sudah kedengaran menandakan hari mula berganjak terang. Cuma matahari masih malu-malu memancarkan sinarnya ke bumi pagi itu. “Das Kapital terjemah Inggeris itu sudah kau mulai?”, tanya Kasim pada Irfan yang baru sahaja duduk di atas tilam bujangnya yang tidak bersarung. “ Aku masih belum mulai. Aku tak fikir dapat membaca buta-buta sahaja. Belum tentu dapat ku tangkap butir-butir ayatnya dengan jelas. Aku fikir aku perlu “bertalaqi” dengan Prof Wan Faysal”, jawab Irfan sambil mencari-cari pula artikel lama karangan Prof Wan Faysal, Islam dan Sosialisme. Mereka mulai rapat dengan Profesor kejuruteraan kimia itu ketika bertemu dalam seminar “Pengaruh Bahasa Arab dalam Persuratan Melayu” di UKM suatu ketika dahulu. “Apa jawab mu kalau kau menjadi Ustaz Zul malam tadi?”, tanya Irfan pada Kasim. “Aku tak fikir kita harus sampai 100% benci pada kafir. Ini baru sahaja ku baca penunjuk jalan Nabi juga bukan Islam ketika Hijrah. Terdapat juga hadis yang menceritakan harusnya berurus niaga dengan Yahudi dan ahlu zimah”.




Irfan mengangguk kepala tanda setuju sambil melurut-lurut janggutnya yang sejemput itu. “Tapi kau harus ingat. Kafir terutamanya Yahudi dan Nasara takkan sekali-kali redha dengan umat Islam. Pasti ada sahaja niat buruk mereka itu nak merosakkan kita”, sambung Irfan lagi. “Sudah tentu Irfan. Kerana Nabi akhir zaman ini bukan dari kalangan mereka. Sudah tentu mereka tidak akan redha. Tetapi mengajak mereka ke arah kata-kata yang sama juga menjadi tuntutan agama bukan. Lihat sahaja rombongan Viva Palestine dari kota London tempoh hari. Mereka membawa bekalan ubat-ubatan dari sana melalui jalan darat. Namun ditahan pula di tanah Mesir. Adakah kau setuju dengan tindakan kerajaan Husni Mubarak itu. Kau fikir Husni berbuat demikian kerana bersangka buruk dengan kaum kafir dari London dan membiarkan pula saudara-saudaranya yang melarat di Gaza. Berapa ramai kawan-kawan kita dalam SAM yang komited. Tak kan kita ingin bermusuh dengan mereka pula”, jelas Kasim panjang lebar. Irfan teringatkan David, Joshua dan Lim teman-teman mereka dalam SAM yang aktif dalam kempen “SELAMATKAN SUNGAI KITA”.



“Ha bagaimana pula dengan “Die Religion ist das opium des volkas”. Tak kan kau masih ingin bersangka baik pada Yahudi Jerman itu. Iya kita menyokong apa sahaja gerakan yang menyeru kepada keadilan sosial dan perjuangan kelas terutama bantahan keras Karl Marx terhadap layanan zalim para bourgeoisie pada kaum pekerja ketika itu. Namun tidak pula sehingga membenci agama”, soal balas Irfan semula sambil tersenyum sinis. Irfan memang suka cross examination yang sebegini. Dia amat suka kalau Kasim akan terus menerus melayan soalan-soalannya.




Kasim berpaling ke arah Irfan. Fiqh Sirah di susun kembali di dalam rak bukunya. “Berpetulang dalam Marxisme”, buku terjemahan Marshall Berman sengaja di ambil dan di selak-selak lembut bagai mencari duit sepuluh sen di dalam rumput. Dia memandang Irfan sambil mencari kesempurnaan pada tempat duduknya. “Iya. Itu pendapat Marx muda.Karl Marx bersikap skeptise pada agama. Namun dalam makalah yang sedang kau baca itu kau akan ketemu jawapannya. Tetapi pada fikiran ku, sekiranya Karl bangkit dari penidurannya di Highgate Cemetery pada saat Khomeini dan Ali Shariati memimpin Revolusi 1979 di Iran, dia pasti menarik semula kata-kata dangkalnya itu. Kata- kata itu tak harus kau faham secara literal sahaja Irfan. Sudah tentu Karl Marx memberi pandangannya pada fenomena institusi agama saat itu. Bagaimana agama menjadi alat pemerintah untuk mengkhayalkan rakyat supaya tidak melawan penidasan ke atas mereka sendiri. Tidak harus kau lupa bagaimana bangsatnya para Crusaders yang membantai penduduk kota Baitul Maqdis dan menawan seluruh isinya. Gereja Khatolik yang begitu manja dengan pihak penguasa mengusai tanah-tanah yang dikerja kan oleh rakyat marhein pada zaman feudal dan memerah keringat mereka sehingga ke bulu-bulunya. Penguasa agama sengaja membelai mereka supaya mempercayai syurga di alam yang lain tetapi menjerut rakyat hidup di dalam neraka alam ini. Inilah rasional istilah candu Karl Marx kalau boleh ku katakan begitu”, sambung Kasim lagi.




“Hemm ada benarnya juga kata-kata kau Kasim. Aku juga berfikir begitu. Agama seharusnya menjadi penyelamat nampak begitu jijik jika disalahertikan. Namun tamadun apa pun kalau tidak di sadur dengan faham agama dan asas akhlak yang murni tidak mampu bertahan lama. Kejatuhan Uni Soviet bukanlah semata-mata kerana sosialisme dan marxisme yang mengiktiraf kuasa kaum pekerja bahkan kerna akhlak buruk para birokrat yang tamak dan korup. Negara Islam sekali pun kalau pemimpinnya korup dan tamak pasti akan hancur”,balas Irfan semula.



Matahari mula meninggi dan mencampakkan hangatnya ke bumi. Rumah sewa itu sudah kembali tenang kerana Irfan dan Kasim kembali tekun dengan bacaan masing-masing. Mereka pantas percaya bahawa hanya dengan ilmu sahajalah mereka langsung dapat membersihkan agama daripada menjadi candu kepada rakyat.

Nota kaki:

SAM-Sahabat Alam Malaysia

Die Religion ist das opium des volkas (Bahasa Jerman)-Agama adalah candu masyarakat. Rujuk tulisan Karl Marx dalam Toward the Critique of Hegel's Philosophy of Right 1844

Bourgeoisie-Masyarakat kelas atasan atau pun kaum pemilik modal besar.

Berpetulang dalam Marxisme Pustaka Promethea,Surabaya Indonesia 2002-Judul asal Adventures in Marxisme karya Marshall Berman Verso, London-New York 1999

Fiqh As-Sirah edisi 27 Dr Sai’d Ramadhan Al-Buthi Dar-Alfikr Damsyik 1428H/2007M

11 comments:

reverie said...

Agak-agak, kalau pertandingan cerpen pendek sekolah rendah, hantar cerpen macam ini. Ada harapan menang tak?
Memang care. I like. Lagi2 ayat last tu.

Selamat

'Ezzah Al-Islam said...

menarik! perubahan gaya penulisan dan warna blog yg lebih hidup~

penangan bengkel penulisan barangkali.

Benar! ilmu kunci pembersihan agama selaku candu rakyat.

Ummah yang dahagakan ulama' agamawan yang bukan sekadar faqeh namun hidup hatinya mengislah masyarakat.

Sedih melihat 'sesetgh' mahasiswa agamawan di Irbid.

teruskan menulis kerana ada yg membaca.

atiqahdahalan said...

congrats on the new layout, berjaya dah nampaknya.

"penangan bengkel penulisan barangkali"

okay, sekarang anda boleh kata pada saya "I told u so".

psychedelicmundo said...

reverie-kalau masuk kat sekolah rendah punya pertandingan mau aku kne sacked ngn guru besar..kene gantung
'Ezzah Al-Islam-time kasih ezzah..ha ni sume idea Hilal la ni..die kate blog gelap org tak bace hauahaua..the best lead the others follow
One-i told u so..huhuhu..

Juan Pablo said...

Agama adalah candu masyarakat?

Saya separa bersetuju dengan kenyataan ini. Saya perhatikan 'parti itu' mulai mengorak langkah menarik golongan agamawan yg mungkin dapat memukau pengundi2. Dan saya juga ada terdengar orang 'parti ini' bilang undi 'parti ini' masuk syurga. Saya tak pasti dan tiada komen. Yang saya pasti label Islamik adalah label yang paling mahal di Malaysia. Agama itu memang asalnya penawar namun ada yang tersalah guna dan mempergunakan hingga menjadi candu yg mengkhayalkan. Setakat ini yang saya setuju dgn Karl Marx. Ada kawan saya yang belajar di Eropah berpendapat sekularisme dapat menyelesaikan masalah ini. Dan sekali lagi, saya tiada komen.

Tentang skeptik orang Melayu memang sudah maklum. Saya nampak ada 4 golongan yang sentiasa dipersalahkan oleh orang Melayu; Yahudi, Kristian, Cina dan jin.

psychedelicmundo said...

Juan Pablo-Hemm mmg betul secara literalnya ternampak memang hodohlah penyataan itu.dan saya setuju label Islamik sememangnya menjadi produk yg laku di pasaran Malaysia.sehingga yg bukn agama pun dikatakan agama.Ini satu bentuk penjualan agama juga pada saya.sekularisme humanisme yg terjadi di Eropah bertitik tolak juga dari gejala penjualan agama oleh orang-orang gereja ketika itu.

ayyash said...

salam alaik..

sgt menarik cerpen anda..
hanya bermula dgn pertanyaan sahabat sy, si sukainah..lalu menghasilkn cerpen sebegini..
nmpk penulis benar2 memahami apa yg ditulisnye..membaca mmg kunci ilmu..

pasni bleh ltk counter plak..

permai patut tubuhkn kelab sejarah..sgt menarik utk dikaji..

İrfan Abad said...

ajeq,lama dah aku tak buka blog ko.layout baru,cerah seperti kepala yang dicukur rambutnya.heh!cerpen ko ni based on citer ko btau aku tu ek?neway,permulaan yang bagus.kalo leh,lenkali cite sket debate antara orang2 yang cop ali shariti seorang komunis & sebaliknya.mungkin lebih menarik:)

psychedelicmundo said...
This comment has been removed by the author.
psychedelicmundo said...

Ayyash: terima kasih sebab sudi komen certot (cerita kontot) saya yg tak seberapa ni.ye betul mmg PERMAI perlu banyakka lagi kelab.persatuan berasaskan negeri ini pun bagi saya sudah tidak berapa relevan sebenarnya.kalau 30 tahun dulu mgkin ya.nak pegi taiping pun ada yg naik kapal terbang nk mnunujukkan jarak antara negeri2 waktu seolah sgt jauh.kalau wujud banyak lagi kelab kita dapat mmpelbagaikan lagi aktiviti sebenarnya.

psychedelicmundo said...

Irfan: sahabat hamba companero Irfan.apa khabar?ye hamba petik kisah ini atas ap yg hamba ckp kan tempoh hari.begitulah nmpknya licin lah blog ini umpama kepala hamba yg sudah licin ini huhu..kt library tak banyak lah buku shariati.ada satu je."Hajj".yg lain akan diusahakan.mucho gracias companero.