“This morning I had
the strangest dream in my life. I won’t tell you the details but it did give me
a thought for me to reevaluate and reconsider whatever decision that I made
before. So his is my counter offer to the world. Why don’t I give the world a second
chance? They say leap and the net will appear, so come on world, let us hopping
around.”
Ini kisah seorang gagalist. Hidupnya jadi punah. Keluarganya
terabai. Hampir-hampir masa depannya gelap dan bertabur. Kenapa? Kerana salah
memilih? Kerana salah merancang? Kerana salah membawa? Boleh jadi. Boleh jadi. Boleh
jadi. Tapi yang pasti salah adalah batang tubuh itu sendiri.
Kau fikir hidup ini mudah? Belum tentu. Sebelum berjumpa isi
yang lemak manis, duri duriannya harus kau tempuh dahulu. Kalau parang yang
diguna ya mudah kerja mu. Kalau pisau yang diguna masih boleh tapi agak sukar. Tapi
kalau tangan yang kau guna. Maaf itu cari nahas namanya. Aku sudah tidak mahu
cari nahas. Jalan yang dah dijumpa sudah ditebas-tebas. Hanya kau sahaja yang
harus berjalan.
Aku bermimpi. Mimpi ku berjumpa sang puteri. Bagi ku lebih
tepat bidadari kerana bidadari itu asalnya Sorga. Hanya orang-orang yang suci
dan para pendamba orang suci sahaja akan bersama di dalam Sorga. Yang lain?
kalau hati nya baik Tuhan itu kan Maha Penyayang dan Maha Adil. Boleh jadi
Chaves itu jiran kita di Sorga? Keadilan Tuhan tidak bertepi dan bersempadan.
Kalau sudah jatuh jangan lupa bangun semula. Jangan lupa. Umur
muda jangan dipusing sangat tentang angka-angka itu. Kau boleh mencongak tapi
tak perlu sempitkan makna-makna materi yang dicatan oleh tangan-tangan Setan. Kerana
kau biarkan itu berlaku, kau akan tua sebelum pun kau kenal usia muda mu.
Buatlah baik semahu-mahunya. Dengan keluarga mu, dengan
sahabat sahabat mu dan yang paling penting dengan diri mu. Kerana satu masa kau
harus tahu memilih bila jalan di hadapan mu tampak bercabang dan berliku. Ini kisah
seoran gagalist. Yang pernah menjadi gagalist. Berjumpa bidadari. Berjumpa Cahaya
Muhammad Wa Ali Muhammad. Tuhan terangi jalan ini dengan cahaya itu agar di Sorga
nanti akan bersama dengan manusia-manusia suci dan pencinta manusia-manusia
suci.Solawat