Sambil-sambil membelek buku untuk peperiksaan esok, sambil-sambil menunggu teman serumah masak makan malam saya ingin melontarkan sedikit syor kepada barisan pemimpin pelajar Malaysia di Irbid khasnya dan
Pelajar
Namun di celah-celah susuk-susuk pelajar Malaya ini tidak dapat tidak, kita juga tidak boleh menafikan kewujudan pelajar-pelajar Nusantara yang lain e.g.
Berapa banyak program yang di buat bersama, sejauh mana kita pernah menggali idea-idea saudara-saudara yang berjiran dengan kita itu. Jangan kita gambarkan Mat-mat Indon ini semuanya semacam imigran yang membanjiri
Siapa di antara kita yang pernah mengetahui berita-berita dari republik yang pada asalnya setanah tempat tumpahnya darah dengan kita itu. Peristiwa Tak Bai juga masih terpalit jelas dalam sarang kepala ini. Mereka juga harus di bela semacam kita simpati pada saudara-saudara kita di Palestin.
Ingat rumpun Nusantara perlukan jaringan-jaringan ini seperti mana yang pernah Saudara Anwar Ibrahim dan teman-teman beliau ketika kemuncak pergerakan mahasiswa yang menjalinkan hubungan yang baik dengan teman-teman serumpun ketika dalam ABIM dan Allahyarham Bapak Mohd Natsir mantan Perdana Menteri Republik
2 comments:
Aku setuju dengan kau.Itulah.Kuman di seberang laut nampak saja,gajah depan mata tak nampak.Gaza nampak,Thailand sebelah saja buat tak peduli.
Makin banyak pelajar Melayu makin asobiyyah dan tak campur orang lainlah mereka.Itu hipotesis aku yang boleh jadi teori.
Kau boleh saja solat di Masjid Abdllah at-Tal.Kawasan Zamzam.Kat situ ada ramai orang Patani datang berjemaah.Dan mereka sangat mesra.
Budak-budak ni ada je main bola dengan diorang.Cuma program-program yang besar tak ada pulak diorang join.Diorang ni agak low profile tapi peramah.
Mungkin masalah bahasa.Tak semua boleh cakap BM dengan betul,apatah lagi yang datang dari Bangkok yang bahasa Siam adalah bahasa utama.
Kau nak tak bertanding jadi Presiden Permai?Mungkin idea kau boleh kau praktikkan bila dah ada jawatan.
Sebut pasal kepedulian,kadang-kadang aku terfikir kenapa kita lebih peduli Palestin berbanding jiran-jiran senusantara kita.Diorang pun ditindas.Muslim di Tak Bai,Rohingya dan lain-lain kawasan.Kau jangan tak tau,ada orang Islam Bangkok yang tak amek peduli pasal Muslim kat Patani.Ni budak Palestin yang cakap.
Kau bacalah blog brother ni.Idea dia agak best.http://imakubex.blogspot.com/2008/09/antara-dua-keadilan.html
Post a Comment