Saturday, 6 December 2008

Seteguk Ghadir di malam hari.



Jordan makin sejuk dan sehari lagi kaum kerabat kita yang ke Mekah akan wukuf di Mudzalifah.Pada yang tak berkesempatan menunaikan haji,sudah mula bersiap untuk berhari raya. Tak seperti raya haji kat Malaysia, kat sini agak meriah. Yang paling aku suka cutinya agak panjang hek hek. Boleh tidur lama sikit. Esok dan lusa kami akan sama-sama melapah daging korban. Ya sudah 3 bulan aku meninggal kan Malaysia.3 bulan aku sudah tinggal kan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. 3 bulan sudah tidak ke Gereja St John di petang Ahad memberi makan faqir dan miskin di tengah kota raya serba kelam kabut. Tidak sempat mengikuti Forum NO to ISA. Sudah lama tidak merasa bahang reformasi di Malaysia. Banyak jugak bende jadi sejak aku tinggal kan Malaysia. Pengkid berdemo, Yoga di haram, PKR berkongres, Zaid Ibrahim di pecat kah kah kah. Ini lah pekong gerombolan UMNO sudah bernanah dan bercabuk tak dapat lagi diubat. Potong sahaja kanser ni. Kalau lama dibiar makin parah Malaysia.


Tapi berlaku jugak kejadian yang kita semua patut rasa sedih dan sedar. Ini bukan soal rasuah politik wang lagi. Ini bukan soal perut gerombolan lagi. Ini soal perut rakyat.Semalam berlaku tanah runtuh di Bukit antarabangsa. Ada yang kehilangan dan ramai yang cedera. Pasukan keselamatan masih menruskan kerja-kerja mnecari dan menyelamat. Tanah runtuh selalu berlaku di Malaysia. Menurut Pengerusi Pusat bagi Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia, Gurmit Singh memberitahu bahawa kejadian tanah runtuh itu biasa berlaku di Malaysia dan kebanyakannya boleh dielakkan jika kalangan profesional, pemaju perumahan dan kakitangan awam lebih bertanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan tekun dan amanah. Sejak kejadian Higland Tower pada tahun 1993, kerajaan sendiri memtuskan tidak ada lagi projek-projek cerun bukit di jalan. Tapi yang pelik dan ajaib nya Pak Lah mengulang pulak balik arahan tu.

Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua kerajaan negeri menimbang untuk menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi.

Mengapa perlu di sebut lagi kalau dulu sudah diarah berhenti kan segala projek-projek ni. Mengapa perlu buat kerja dua kali. Jadi nampak sangatlah selama ini perkara ini tak di endahkan pun oleh pemaju,kontraktor, apatah lagi PBT yang meluluskan projek-projek ini. Aku rasa perlunya dasar-dasar kerajaan dalam melaksanakan projek-projek perumahan perlu diganti bukan lagi dikaji. Apa yang perlu di kaji lagi kalau setiap kali berlaku bencana ni akan ada yang mati. Hentikan terus jangan bagi kebenaran langsung.

Adakah ini stail kita. Kalau sudah ada yang mati, baru terhegeh-hegeh nak berenti. Baru nak kaji punca. Baru nak tunding jari ni salah siapa tu salah siapa. Pantang ada bukit nak di tarah nak di gondol. Cegah sebelum parah. Dasar-dasar ini sewajib-wajibnya diambil perhatian oleh semua pihak terutama sekali Pakatan Rakyat yang akan menerajui negara sedikit masa lagi. Kalau tak bulan ni bulan depan. Kalau tak tahun ni tahun depan asal saja semua bekerja kuat dan faham dengan tugas masing-masing. Ini bukan semata-mata hal politik kepartian. Ini soal tanggungjawab menjaga daulah dan ummah.

No comments: