Aku seorang di bilik.Rakan sebilik keluar menyiapkan tugasan.Aku seorang tapi berlabon dengan teman-teman di kampung.Jordan masih sejuk.dan makin sejuk.Syari' jamiah tiada beza. Manusia penuh macam ulat.
Ada peniaga menjual mainan.
Ada menjual topi sejuk(snow cap).
Ada gadis dan pemuda
arab menghisap
syisya di dalam kedai.
Ada yang sedang menikmati
Arabi cheese yang panas dan ranggup.
Ada yang sedang menikmati
Gohwah Arabi dan
Syai di simpang jalan
Ada peniaga kaki
lima menjual rokok seludup dari Amerika. Yang lain terus berjalan, terus berlalu.
Ada wanita mendodoi anak meminta sedekah di pintu
nafaq(terowong penjalan kaki). Yang lain terus berlalu terus berjalan.
Semalam ada pemuda membaling kasut ke muka musuh no 1 dunia. George W Bush. Die bilang tidak apa-apa. Hari ini ada teman-teman ke Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya. Ada Teras, ada PKPIM, ada Dong Zong. Semua pencinta bahasa ibunda. Semua mahu memartabatkan identiti bangsa. Ya aku pernah bercakap tentang bahasa. Tapi isu nya tidak sama. Kali ini lebih jelas. Untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai membentuk anak-anak sedari kecil mengenal bahasa dan bangsanya.agar dapat meneroka ilmu lain dan membina jiwa. Cemburu dijiwa tatkala teman-teman masih ligat di kota putrajaya. Namun aku masih di sini.
Tapi aku masih tak faham. Sedang kan negara-negara maju yang lain masih utuh bahasanya sendiri. Masih kekal budayanya sendiri. Tidak pun bermasalah denagan hal ini. Mungkin ada yang berpendapat. Bahasa Inggeris digunakan dalam Matematik dan Sains akan memantapkan lagi bahasa Inggeris mereka.Betulkah begitu. Perlukah berAlgebra dalam bertanya khabar kepada mem orang puteh di kota London. Atau berNucleus ketika mengucap cinta pada kekasih di San Francisco. Mungkin ada tapi mahaganjil.
Berbahasa lah apa pun jangan korban kan perkara lain. Aku yakin peratus yang akan mengusai kedua-duanya(Bahasa Inggeris dan Sains Matematik) tidaklah akan memertabatkan Negara. Bahasa Melayu? Akan semakin pupus di bumi Tanah melayu ini sendiri akhirnya.
Aku masih seorang di bilik.
2 comments:
itulah jit...hakikat yang cukup menyedihkan mase di PICC, orang melayu sendiri pon x nak stand up nak fight utk pertahan bahasa ibunda.. malahan ade ramai je yang mempertahankan PPSMI.. mmg respect aku tgk geng2 dong zong ngan persatuan cina lain.. sme sebulu, pertahankan mandarin takut kene bantai dgn english..
Kate ini negara melayu.. negara islam.. tapi ble aku check balik..Melayu ke kita? or sudah jadi manglish?
sedih, sedih, sedih
bro..ade ak nk betolkan..perkataan "pembelajaran" tu salah..sepatutnya "pemelajaran"..heheh
Post a Comment