Sebagai orang Melayu,bila ada orang bercakap pasal BM aku rase tak salah aku menyampuk dalam kalut Pemilihan Gerombolan United Malays National Organization ni.Aku bukan racist tapi seorang realist yang tak larat dengan taktik kotor sebahagian kaum di Malaysia ni yang nak menangguk di air keroh. Ya memang akan ada puji dan kejinya kerajaan Pulau Pinang mengguna kan pelbagai bahasauntuk papan tanda.Tapi suka aku nak mengomel sket tentang hal ni dengan kite tgk balik ape yang tok nenek kite buat satu mase dulu mase kerajaan Melaka menjadi tumpuan dunia.
Melaka jadi tempat singgah macam2 orang.China,India.Siam,Jawa,Bugis,Arab yang putih yang hitam yang coklat yang kuning.Maknenye dari dulu lagi Tanah Melayu ni dah menjadi medan pertukaran budaya,bahasa,agama dan adat resam.Kita tak boleh nak nafikan yang dari dulu lagi Tanah Melayu ni menjadi terlalu kompleks diresap pelbagai elemen baik positif mahupun negatif.Kita lupekan kejap yang negatifnye namun kepelbagaian bahasa ketika itu aku rase tak pernah menjadi masalah.Ya memang Bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu namun tidak pernah kita terdengar Sultan Melaka keluarkan perintah "HARAMKAN BAHASA-BAHASA LAIN DI NEGERI BETA INI".
Sepatutnya tidak akan ada masalah bila bahasa selain Bahasa Melayu digunakan dalam kehidupan seharian kita.Kita nak nafikan orang Cina dan orang India pun rakyat Malaysia. Sudah tentu tidak bukan.Aku tengok ade bebrape punca kepada masalah ni.
1)Masalah dalaman penutur Bahasa Melayu itu sendiri.
Puak2 yang berkenaan jangan melenting.Semua sedia maklum tulisan jawi yang menjadi sumber Bahasa Melayu jugak di gugurkan pengunaanya di sekolah sekolah oleh orang Melayu sendiri satu ketika dahulu.Apa rasionalnye.Adakah mundur jika kita belajar tulisan jawi.Tak up to date,kolot,ketinggalan zaman. Jadi bile perkara ini berlaku umum akan menganggap tidak ada nilainya bahasa ini.Asasnya pon tidak lagi di ajar.Orang Melayu sendiri tak suke tulisan jawi.Bukankah tulisan jawi tu pon sebahagian dari Bahasa Melayu.Penjajah mai baru dieorg introduce rumi.
Kemudian kita di kejotkan lagi dengan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan kita semua ma'ruf sape yang bertanggungjawab dalam hal ni.Bukan YB Lim Kit Siang,bukan salah YB Xavier.Ini satu lagi contoh betapa penutur BM ini sendiri pon tidak lah peka dengan bahasa ini.Pelbagai cadangan dari pakar-pakar bahasa dan pendidikan membantah hal ini.Katenye supaye kite mahir berbahsa Inggeris.Celah mane nak belajar Inggeris dalam Math.Bacelah Charles Dicken ke,Hemingway ke Shakespeare ke.Namun nasik dah jadi bubur.Lepas terpancut mcm mane nak masuk balik.
Baru-baru ni jugak ada lagi kangkong ntah dari mane ntah buat syor nak kurang kan lagi pembelajaran komponen sastera melayu(komsas)di sekolah-sekolah menengah.Kununnya pelajar-pelajar boring dan susah nak faham.Kite gantikan dengan sastera picisan cerita cinta yang ntah hape,novel baru segar yang belum tahu kualiti sasatera nye yang hanye buat penoh poket menjual sasatera rubbish.Sehinggakan Sasterawan Rakyat A.Samad Said pun menegur perkara ni.Apa lagi yang tinggal pada Bahasa Melayu ni.
Seperkara lagi sikap penutur Bahasa ini lagi bile bercakap dengan bangsa lain yang aku fikirkan perlulah di ubah. Bila kita cakap dengan Cina,"Towkey ar,lu ada jual benih tomato ar.Itu hali lu janji mau bagi ma".Sampai kiamat pun towkey tu tak kan tau cakap Melayu dengan betul.Macam mane die nak betul kite sendiri cakap lintang pukang dengan die.Kalau dengan India plak"Ane,lu bungkus kacang merah satu kilo.belakang lu kasi sama saya gula ampat kilo,belakang itu surat khabar kasi hanta saya punya rumah.itu peti surat dalam taruk". Ape mende ni.
2) Masalah luaran yang berpunca dari sikap penutur Bahasa Melayu jugak
Aku penah bebual bual dengan lecturer aku satu masa dulu.Kes nya begini.Perkataan London apa bila ditutur dalam Bahasa Inggeris,"I'm going to London tomorrow". Atau dalam Bahasa Melayu nye "Saya akan ke London esok".Tapi perhatikan perkataan Melaka."Melaka akan mengurniakan pingat Dato' pada Shah Rukh Khan penjual kacang terkenal di India"tapi dalam Bahasa Inggerisnya"Mallaca will be awarding a Dato' title to Shah Rukh Khan a famous nut seller in India". Kenapa kita mengalah dalam hal ni.Sape yang bagi hak pada pakar bahasa Inggeris untuk mejebut Melaka sebagai Mallaca tapi London kekal dalam Melayu atau Inggeris. Sehingga hari tak ade satu makhluk pon nak pertahan kan perkara kalau kite ni pejuang Melayu sangat.Kenapa hilang kemutnye.
Jadi sape yang salah dan punce kalo nasib Bahasa Melayu kununnye tergugat sangat.Apa yang harus kite buat.Kembali berututur dengan Bahasa Melayu dengan betul macam kempen Lets speak good English di Singapura(mana yg baik kite ikot la).Bukan aku suroh cakap macam dalam kelas tatabahasa.Saya Ahmad.Saya tinggal di Kuala Lumpur.Bapa saya bekerja sebagai kontraktor kelas F.Cuma sebutan dan nahu jangan tunggang terbalik. Luas kan pembelajaran sastera Melayu dan mulakan pelajar-pelajar sekolah rendah berjinak-jinak dengan Shanon Ahmad.A.Samad Ismail,Azizi Abdullah,A.Samad Said.Biar mereka kenal dulu.Dieorang akan bekembang dari situ.Masakan sajak 'Aku' punya nya Chairil Anwar ditulis di dinding sekolah.Gampang aja.Jangan jadikan Bahasa Melayu asing kepada kaum lain.Aku puji masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka dan sebahagian besar kaum India dan Cina di Kelantan dan kampung-kampung.Bercakap bahasa Melayu tak jejas sikit pon budaya asal diorang.
Aku sikit pon tak nafikan hak bahasa-bahasa lain.Lagi banyak bahasa lagi bagus.takde sape boleh kelentong kite.Aku cume sedih bile orang melayu sendiri dah rosak kan Bahasa Melayu tapi melalak tudoh orang lain anti-Melayu.
Bagi aku kalau Pulau Pinang mengharamkan langsong bahasa melayu ditutur dan di diguna dalam urusan-urusan rasmi kita semua wajib marah. Tapi YAB Lim Guan Eng yang mengkagumi Umar Abdul Aziz itu tak sebodoh kangkong2 pengampu yang lain. Beliau rasional dan bukan ekstrimis racist. Kita bermuafakat dengan persamaan yang kite ade tapi berlapang dade dengan perbezaan yang kdg2 tak tak seberape pon.
Penat dah aku mencarut.Aku nak pegi carik Babrican dekat simsemah.
Sunday, 26 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment