Saturday, 25 October 2008

Aku dan Irbid


Kini genap sebulan aku di Jordan. Banyak pengalaman menarik yang aku dah kutip sepanjang aku di sini. Tak kurang juga yang pahit buat aku telan juga walaupun tak sanggup aku mamah. Hemm apa agaknya yang nak aku carutkan kan kali ini.Okeh aku nak sebut pasal bilik sewa aku. Rumah tiga tingkat ini dihuni oleh pelajar-pelajar senior (kebanyakan dak JAIS). Bukan pimple tapi simple sahaja bilik ini. Ada satu ruang cukop untuk aku meletakkan meja dan tilam buat pengalas tempat tidor. Tiga bilik semuanya. Sebuah dapur dan sebuah bilik ayor.Tapi ada jugak yang dua bilik macam bilik Ustaz R dan Dr. A. Bilik aku dihuni oleh Dr. Z selaku pelajar dentistry(paling otai dikalangan kami) dan Ustaz L yang mula hendak usha-usha awek arab di sini. Hemm apa lagi yek..Oh ye kat bangunan ni jugak ada rumah PERMAI (Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid). Persatuan zon di Jordan ini. Kalau di Mu’tah di panggil PERMATA. Kalau Mafraq PRISMA .Badan induk di Irbid ni la yang menguruskan segala tok nenek urusan student. Dari mula jejak kaki di Jordan, buka puasa, raya, residency sampai la perwakilan pelajar se Jordan. Badan-badan ini berfungsi sebagai badan kebajikan dan pengurusan kat sini. Kawasan ini memang penempatan student Malaysia la secara amnya. Baik laki mahupun pompuan. Umah aku tak la jauh sangat dari umah adik aku. Di atas bangunan ni ada penthouse atau di sebut suttuh oleh masyarakat setempat. Boleh la nak lepak-lepak time redup and belah malam. Kalau siang tengah panas nescaya menggelegak lak pale hotak sebab panas. Tapi skang ni musim sejuk or shitta’ makin dekat. Tak bape panas la belah siang. Dari rumah aku ke jamiah ada la lebih kurang sebatang rokok perjalanan(kalo isap cepat bleh sebatang agi rasenye) Yang memisah kan kawasan rumah aku dan jamiah adalah shari’ jamiah. Jalan ni sibuk juga lah. Especially malam orang agak ramai jugak la lepak2 tepi jalan ni. Ada kedai makan, ada kedai hp, ada kedai shisha, ade peniaga jalanan jual buku, jual dvd ade jugak yang jual anak ehek2 bukan anak orang tapi mainan anak kucing dan anjing. Kiteorang selalu jugak la lepak kedai makan Abu Mahmud. Ade kebab, shugah, shawarma. Tamar hindi die pon sedap. Waiter die pon ramah. Antara yang menarik kt umah aku ni jugak ialah malam-malam akan ade orang naik kuda sini. Kadang-kadang budak,kadang bapak budak yang bawak. Heh sempoi jugak orang2 sini. Ade kude lagi sebab selalunye kude ni mesti orang2 kaye je yang bawak kan. But not in Jordan. Mercedes,BMW, Hummer, Lancer budak-budak je yang bawak. Kadang-kadang yang lebih malang lagi buat teksi. Ya sebulan di Jordan banyak bende yang aku jumpe. Aku tak tengok ni sume sebagai satu yang asing bagi aku. Ini sume perbezaan budaya dan adat resam yang dah Tuhan janji kan dalam Kitab. Takde ape yang pelik takde ape yang jelik. So kalo lepas ini anta dengar orang memanggil anda Ali baba atau ada Arab yang menyebut “apa khabar”. Don’t worry. Because youre in Jordan. Welcome to Urdun. Sekang aku nak gi minom Barbican Strawberry. Lets get high.

No comments: