Sunday, 6 December 2009

Manusia Bawah Tempurung



I

Kebun zaitun di dalam taman umpama bunga-bunga mekar

Menjadi penghias gedung ini

Dataran manusia merai kehidupan

Hingar dan bingar tiada sepi

Tawa hilai penuh warna dan warni

Bunyi traktor mengembur tanah hitam subur yang harum di pagi hari

Berbudi kepada bumi

Tanda syukur pada Ilahi


II

Namun pagi ini semuanya sunyi dan sepi

Kicau burung-Tiada

Hilai dan tawa-Tiada

Desiran angin membisik ke telinga-Tiada

Langit pun tak seindah selalu

Sang mentari pun tak cuba mengintai-intai bumi

Umpama dihalang oleh awan hitam yang keruh

Sambil menanti kilat dan guruh


III

Manusia di bawah tempurung

Samalah seperti hidup di alam yang kosong

Hari-harinya pudar dan kelat

Umpama gahwah tanpa gula yang hitam dan pekat

Tiada bunyi-bunyian alam

Kerana baginya semua itu seolah-olah haram

Takut mencuba kerana takut dikata

Kecut berkata-kata apa yang tak pernah dicuba


IV

Manusia bawah tempurung hanya tahu dunianya sahaja

Baginya dia sahajalah yang 100% benar

Sempit dan kelam melapangkan dadanya mencerahkan matanya

Sunyi dan bosan menjadi halwa telinganya


V

Kadang-kadang manusia bawah tempurung cuba menyanyi dan bersiul

Tanpa dia sedari suaranya yang sengau dan lari pitchingnya

Bakal memecahkan gegendang telinga

Cuba-cuba juga membuat lulucon

Orang ramai memang tertawa mengekek

Tetapi tertawa kepadanya bukan bersamanya


VI

Manusia di bawah tempurung masih di bawah tempurung

Dia tidak tahu apa yang sedang terjadi di luar

Dia tak mahu tahu pun

Dia belum mahu tahu belum mahu sedar

Kalau Pak Janggut mengherdik “pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua

Manusia bawah tempurung mahu jadi seperti pemimipin itu juga

Gendang gendut perutnya buyut”

“Nafsunya besar hatinya kusut”

Manusia bawah tempurung ingin hidup selama-lamanya di bawah tempurung

Manusia di luar memekik “Biarkan-biarkan

No comments: