Wednesday, 9 December 2009

Jangan Tersalah Nilai!








Entah kenapa ketika sedang membelek-belek buku Aiman dan Nuzur untuk ujian esok hari, jari-jemari saya ini gatal untuk berlegar-legar di ruang internet. Maka terjumpalah dengan sebuah blog ini yang saya kira sememangnya anti-syiah. Cuma beberapa paparan video yang rasa saya kurang cermat dilabel. Video berkenaan ialah tentang pertemuan Presiden Republik Islam Iran Mahmoud Ahmadinejad dengan sekumpulan Rabbi dari New York.

Saya berasa amat malang dan sedikit duka cita apabila video berkenaan mempertontonkan dunia, kaum Syiah yang sampai dilabelkan sebagai dajjal dan sebagainya itu, ternyata lunak dengan para Rabbi Yahudi berkenaan.

OOoops.Adakah saya yang sudah tersalah nilai. Ini rupanya taqiyah sang Syiah yang dikatakan bermati-matian memusuhi saudara semuslimnya sendiri, tapi berbaik-baik pula dengan kafir yahudi laknat ini. Maaf. Saya tidak berfikir begitu. Saya tidak pernah pun terlintas mahu MELAKNAT baik Mahmoud Ahmadinejad ataupun para Rabbi itu paling tidak pun di mata saya. Dalam paparan video tersebut nyata sekali para Rabbi ini sendiri menidak sekeras-kerasnya hubungan mereka dengan Zionisme.



Saya menimbulkan persoalan ini kerana pada amatan saya, kaum kita, yang mengaku Islam ini sering tersilap dalam menilai apa yang mereka lihat. Bangsa atau agama Yahudi adalah satu perkara yang lain sementara Zionisme pula adalah satu perkara yang lain.

Zionisme ini lahir daripada pemahaman politik dalam rangka menguasai dunia. Sememangnya latar Zionisme ini wujud unsur-unsur agama, tetapi ia bukanlah intipati kepada ajaran Yahudi atau Judaism itu sendiri. Mazhab Zionism ini walaupun diasaskan oleh seorang berbangsa Yahudi, namun ianya telah dikotori oleh faham materialism dan sekularisme total jauh sekali daripada ajaran asal Torah dan Thalmud. Bahkan mereka yang bukan berbangsa Yahudi pun tanpa mereka sedari adalah penganut mazhab Zionisme ini dan mungki juga menjadi ejen-ejen Zionisme walaupun mereka Islam. Mereka wujud dalam entiti pemodal-pemodal besar multinasional atas nama pasaran bebas musuh besar kepada Komunsime dan Sosialisme yang ditentang pula habis-habisan oleh sesetengah ustaz kita atas alasan klasik-Komunis itu anti Tuhan- Jadi relevan kah lagi alasan ini dan berjuang side by side dengan Zionis?Tepuk dada,bacalah buku.


Sekali lagi saya ingatkan kita jangan tersalah nilai dan memukul rata Yahudi dan Zionisme. Bukan sedikit Rabbi yang menentang habis-habisan pembantaian penduduk Palestin oleh tentera rejim Zionis. Lihat sahaja demo-demo atau bantahan ulama’ Yahudi ini dikebanyakan kota-kota besar dunia. Malah mereka juga ada yang memfatwakan bahawa tindakan mereka yang masuk beramai-ramai dan merampas tanah penduduk Palestin itu adalah haram dan boleh menjejaskan keYahudian mereka.




Malang pula jikalau ada manusia seagama dan sebangsa pula dengan rakyat Palestin sendiri memandang sepi malah bersikap skeptikal dengan program-program Palestin. Contoh mudah lihat sahaja apa yang terjadi ketika program PERTAMA tahun lepas.Polis Yahudi kah yang membatalkan sebahagian slot program berkenaan dek kerana sebuah tayangan video?


Lebih malang dalam setiap doa kita, atau retorik-retorik kita setiap kali Palestin diserang pasti nama Yahudi yang akan di kutuk,dilaknat dan sebagainya. Rasa saya ini adalah pemahaman yang salah.

Yahudi dan Nasrani tergolong di dalam Ahlul-Kitab yang jika perhatikan di dalam Al-Quran, golongan ini dalam banyak tempat dipisahkan atau tidak dikategorikan sebagai musyrikin. Sembelihan mereka halal dimakan oleh orang Islam. Lelaki Muslim halal menikahi AhlulKitab. Sekiranya alasan Ahlul Kitab kini tidak sama dengan apa yang wujud pada zaman Nabi atas alasan Ahlul Kitab sekarang sudah banyak mengubah isi kandungan Taurat dan Injil, perubahan-perubahan itu sudah berlaku pun sejak zaman Nabi sendiri. Jika ketika itu Yahudi dan Nasrani yang sedia wujud sudah tidak pure lagi, pastinya pengharaman total ke atas perkahwinan dan sembelihan mereka dengan Muslim sudah berlaku waktu itu lagi.




Sekali lagi saya ingatkan jangan tersalah nilai. Oh ya. Sayang juga melihat Syiah yang SESAT dan MENYESATKAN ini lebih lunak bila berinteraksi dengan bukan Islam. Muslim Sunni bila lagi agaknya.

P/S-Kalau ada peluang ke Kota London,mahu juga mencuba Kosher di sana huhu..




1 comment:

.n.a.k. said...
This comment has been removed by the author.