Jam sudah pukul 10.30 malam ketika Syafiq memanggil Mona. “Mama,mama Wak Dal bagi keropok lekor. Daniel ngan Syafinaz pun dapat. Sedap mama”.
“Syafiq cakap terima kasih tak kat Wak?” Tanya Mona.”Cakap mama”, balas Syafiq. “Ha macam nilah anak mama. Nanti malam lepas mama habis kerja kita makan sama ye sayang. Nanti mama suap Syafiq ye. Syafiq main-main dulu tau tapi jangan jauh-jauh tau. Ha lagi satu jangan ikut orang tak kenal tau. Ye Syafiq. Meh mama sayang sikit ”, satu ciuman penuh mesra Mona kenakan ke ubun-ubun anaknya itu.
Di lepaskan anaknya itu bermain-main semula dengan teman-temannya sambil dia memulakan kerja.
Ada anak-anak muda menunggang motor beramai-ramai sambil membuat bising di Lorong Haji Muluk. Seorang lelaki berbauk tebal menyapa Mona. “Berapa?”. Mona mengangkat 6 jarinya kepada lelaki berbauk tebal itu. “Tak boleh kurang ke?”, tanya lelaki berbauk. Mona hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. Lelaki itu berlalu sahaja.
Keluar pula seorang lelaki dari perut sebuah motokar besar. Keretanya sengaja diletakkan agak jauh dari manusia supaya tidak ada yang menyedarinya kelibatnya. Lebih-lebih lagi bangsanya sendiri. Kalau dilihat dari pakaian dan motokar besar itu layak pegawai tinggi kerajaan ataupun saudagar-saudagar kaya ataupun wakil-wakil rakyat yang biasa datang ke kampung Mona 5 tahun sekali.
Ya, baju batik lengan panjang berbunga-bunga dan perut yang jauh ke depan itu memang saling tak tumpah seperti wakil rakyat kampung Mona. Masakan Mona lupa kelibatnya kerana muka wakil rakyat itu baru sahaja keluar dalam televisyen malam sudah kerana di dakwa pecah amanah. Mungkin ya. Mungkin tidak. Kalau benar tidak lah menjadi kehairanan kerana selalu juga orang-orang besar ini mengunjungi lorong suram tempat Mona mencari rezeki .
Mungkin tilam lusuh di bangunan-bangunan tua ini lebih harum dan nyaman berbanding tilam-tilam empuk di rumah-rumah agam mereka. Ataupun sekali sekala ditindih kupu-kupu malam mampu meredakan benak mereka yang sehari-hari di kelilingi mem-mem besar di rumah.
Hemmm. Selalu juga Mona tertanya-tanya mengapa orang-orang besar ini memilih untuk menaiki tangga-tangga yang penuh dengan daki, sanggup tidur di atas tilam-tilam lusuh, kaya dengan benih-benih seribu macam manusia asing. Mungkin mereka mecari bahagia terlarang. Kerana yang terlarang itu lebih nikmatnya walaupun sementara.
Lelaki berbaju batik merapati Mona. Kaki lima yang agak malap itu menenangkan lagi hati si baju batik. Aroma cerut Havana menangkap hidung Mona sebaik lelaki itu memulakan kata-katanya. “Hemmm. Mantap. Berapa?”, tanya si baju batik. Mona bertanya kembali “Berapa abang nak bagi?” sambil melirik manja. “Berapa pon you nak I bagi. Kalau u servis baik-baik nanti I tambah la lagi. Okeh?”.
Tanpa memikir panjang Mona memimpin tangan si baju batik menaiki tangga-tangga penuh daki itu. Si baju batik membuntu sambil dadanya sedikit berombak. Pintu bilik di buka. Lilin aroma terapi dinyalakan Mona. Mona pun melucutkan pakaiannya menampak tubuhnya yang gebu. “Siapa nama U? Kerja apa?”, tanya Mona sambil mengurut-urut bahu si baju batik yang sudah tidak berbaju.
Tak semena-mena si baju batik yang gendut perutnya itu berpaling ke arah Mona dan menamparnya dengan sekuat hati. Lalu diterkam tubuh gebu itu dan dilanyak umpama binatang. Mona terkulai tak mampu menepis tenaga si gendut yang bernafsu besar itu. Mona tahu. Ini risiko kerja haram ini. Tiada pelindungan. Tiada insurans. Apa pun mungkin terjadi. Minggu sudah ada teman-temannya mengadu ditendang dan ditumbuk oleh pelanggan.
Malam ini tiba gilirannya. Dia cuba menjerit tapi dia tak mampu. Dia takut diapa-apakan lagi. Bagai ingin tercabut nyawa. Sememangnya si gendut ini tidak berhati perut. Di dalam kepala Mona terbayang Syafiq, terbayang ibu dan bapanya, terbayang dosa pahala, terbayang syurga neraka. Kebingitan Lorong Haji Muluk menenggelamkan bunyi di dalam bilik Mona sampai ke sudah. Kedua-duanya terkulai.
Si gendut melemparkan wang kertas bewarna biru 5 keping ke muka Mona sambil mengesat peluh di dahi. Sememangnya kupu-kupu malam seperti dia tidak pernah dipandang walau sebelah mata pun oleh orang teramai termasuk yang melanggannya. Dia dihina oleh mereka yang hina. Dikeji oleh mereka yang keji.
Kulit pipinya seperti ditampal kulit babi. Si gendut keluar dari bilik tanpa menoleh pun. Sumpah seranah terbuku sahaja di hati Mona. Bibirnya luka-luka. Pipinya bengkak-bengkak. Kepalanya sedikit berpinar. Tanpa sedar mengalir air jernih dari kedua belah matanya. Mona mengenang nasibnya. Sudah terhantuk baru terngadah. Ini bukan jalannya. Badan lemah ini tak kan mampu bertahan lagi.
Lamunan Mona terhenti apabila pintu biliknya di ketuk. Lekas-lekas disapu baki air mata dan di kemas-kemas kan rambutnya. “Siapa?”, jerit Mona. Sekonyong-konyong masuk intan payung pengarang hati Mona, Syafiq ke dalam bilik. “Mama. Are you ok?”.”Mama ok sayang. Syafiq lapar?” “Hemm boleh la jugak”.”Syafiq tunggu sekejap ye. Mama turun beli nasi”.
Kurang sepuluh minit Mona naik semula dengan membawa dua bungkusan makanan. Malam itu Mona menyuapkan anaknya bagai dia tak akan menyuapnya lagi esok. Sayu dan pilu menyelubungi malam itu. “Mama, kenapa mama menangis”, tanya Syafiq tatkala melihat air jernih sekali lagi berlinang dari mata mamamya. “Takde apa-apa Syafiq. Malam ni Syafiq makan kenyang-kenyang ye. Esok kita pindah rumah. Kita cari rumah baru sebab mama nak cari kerja lain. Ye Syafiq”, terang Mona.
Mona sedar. Dia salah memilih jalan selama ini dek kerana kehidupan yang menghimpit dan hilangnya tempat bergantung. Kalau terus-terusan begini masa depannya gelap apatah lagi anaknya. Menjadi kupu-kupu malam mungkin akan mewah sementara. Tapi sampai bila?. Setahun? Sepuluh tahun?. Kalau kulitnya mula berkedut, giginya mula tecabut takkan ada siapa yang memandangnya lagi.
Nasibnya ketika mati kelak lebih-lebih lagi harus difikirkan. Hidup ini bukan sekadar mengisi perut. Hanya dia yang boleh merubah nasibnya jika dia benar-benar inginkan. Tuhan tidak akan menurunkan hujan emas mahupun perak. Esok dia akan berpindah. Lebih tepat lagi berhijrah. Dan tidak akan menjejakkan lagi kaki ke Lorong Haji Muluk.
No comments:
Post a Comment