Wednesday 27 May 2009

Apa lagi yang kita takut kan?

Sejarah itu ditulis oleh orang yang menang kata Bapak Pram. Maknanya siapa yang kalah akan lenyap dari sejarah yang ditulis. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ‘kalah’ jadi cerita mengenainya tidak ditulis melainkan sedikit. Hizbul Muslimin ‘kalah’ jugak tak ditulis. Parti Komunis Malaya (PKM) juga kalah jadi tidaklah ditulis. Hanya anak emas British ketika itu, Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang menang justeru ceritanya ditulis.

Tidak ada satu pun ahli parti ini ditangkap malah dijentik oleh British. Parti-parti lain yang berhaluan kiri (baca: tidak sebulu dengan British) habis ditangkap, dipenjara malah dihukum bunuh atas dasar keselamatan.

Setelah parti-parti kiri ini diharamkan oleh undang-undang darurat British pada tahun 1948, PKM menjadi satu-satunya badan politik yang bergerak menerusi gerakan bersenjata meneruskan perjuangan melawan PENJAJAH. Misi mereka merdeka. Membebaskan campur tangan asing ke dalam pemerintahan Malaya dalam sebarang bentuk.


Sesudah tarikh perlepasan Jeneral Gabenor British dari Malaya 31 Ogos 1957, sebenarnya Malaya masih belum merdeka. Pegawai-pegawai tinggi di pejabat-pejabat kerajaan masih lagi mat saleh. Panglima dan pegawai-pegawai tentera, guru-guru, malah hakim-hakim masih lagi orang putih. Jadi dimana merdekanya kita.

Sedangkan,sedarkah kita semua Benggali Putih ini terlebih dahulu membunuh dan merosakkan tanah air kita berbanding PKM yang selalu kita takut kan itu.. Portugis yang datang seawal kurun ke 15 tak pernah pula kita rasa jijik dengan mereka. Belanda, Jepun, British juga begitu.


Mereka ini yang datang ke negara kita menjajah tanah air dan minda masyarakat Tanah Melayu ketika itu, yang membunuh Tok Janggut, yang menghalau Raja Abdullah, yang bermusuh dengan Tok Bahaman, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbong tidak pernah dianggap bahaya malah sesetengah bangsa kita kini mendewa-dewa kan pula bahasa mereka atas nama kemajuan. Tanyalah askar-askar kita sekarang.

Sehingga sekarang sesudah 52 tahun merrdeka, perkataan musuh negara pasti akan dirujuk kepada komunis. Seolah-olah komunis lah sahaja orang jahat yang menjajah negara ini.

Sehingga kini komunis sering menjadi omokan masyarakat. Tuduhan seperti komunis tiada agama, kejam, musuh masih lagi disurahkan oleh ramai orang. Bukan memuja mereka tapi yang benar kita harus katakan kebenarannya. Mengapa begitu takut dengan komunis.

Nyawa siapa yang terancam dek komunis? Pak tani dikampungkah? Para pekerja estet kah? Kaum buruh dilombong-lombong bijih kah? Guru-guru kah? Jawapannya tidak. Nyawa pegawa-pegawai British yang terancam. Nyawa anak-anak didik dan pecacai British yang terdiri di kalangan anak tempatan SAHAJA yang terancam. Komunis bermusuh dengan ketua-ketua mereka ( pegawai-pegawai tinggi British) bukan batang tubuh anak tempatan itu baik namanya Melayu, India malah Cina sekalipun.


Apa masalah komunis ini kepada masyarakat sebenarnya sehingga perlu dibincang diperingkat jemaah menteri (klik sini)? Mengapa begitu takut membenarkan Chin Peng pulang melihat saudara-maranya (klik sini). Selama beliau tidak dibenarkan pulang ini pun Malaysia terdedah dengan pelbagai ancaman (jenayah, ketidakstabilan politik, rasuah dan salahguana kuasa). Tahniah kepada Pak Mat Amin yang menjawab dalam blog beliau (klik sini) dan (klik sini). Saya tidak nampak apa relevannya lagi masalah ini ingin digembar-gemburkan

Dari sudut ekonomi kini United Kingdom dan Amerika Syarikat yang ditunjangi system kapitalis sedang tenat. Dasar sosialis-komunis kalaupun tidak sedrastik Marxsisme-Leninisme menjadi alternatif kepada sistem kapitalis yang bagai telur di hujung tanduk ini.

Sumber-sumber utama keperluan seperti air, elektrik, pengangkutan awam, makanan, kesihatan dan pendidikan harus dimiliknegarakan. Adakah ini salah? Adakah ini ancaman kepada masyarakat? Adakah ada hukum agama yang mengharamkan hal ini? Jawapannya tidak.

Sedari awal PKM membawa perjuangan kelas, pengagihan ekonomi yang lebih adil dan susun atur masyarakat yang tidak condong kepada satu bahagian, sehingga kini lah semangat dan roh perjuangan komunis itu sebenarnya. Segala cerita buruk baik yang sengaja direka ataupun benar terjadi sekalipun di sesetangah tempat tidak adil kalau semua ditunding kepada komunis.

Sedari zaman nabi sekalipun ada manusia yang melakukan kerosakan. Yang salah manusia itu. Jangan dicerca sistemnya yang baik. Ada kesalahan dan kekurangan disana sini adat kehidupan. Tiada yang sempurna melainkan Tuhan.

4 comments:

Pali Hensem said...

tu dia,sentuhan dramatik oleh saudara haziq,mmg power hang,respek!!

atiqahdahalan said...

ok lah. sy tak pandai sejarah. jadi, tanye soalan: kirenye, komunis ni dulu, dia mmg tak bunuh selain org2 yang along nyatekan di atas tadi ke camne???

psychedelicmundo said...

to one munawarah-pelbagai versi cerita komunis ini sebenarnya.PKM sendiri tak lari dari konflik dalaman parti tersbut (seperti parti-parti yang lain) namun tidak la sampai peringkat perjuangan mereka seolah-olah dipadam dan hikayat mereka disenarai hitam kan.malah mereka antara golongan terawal yg mengangkat slogan MERDEKA sebelum PEKEMBAR@UMNO yg sbelum itu hanya menggunakan slogan HIDUP MELAYU.untuk ceruta yg lebih lanjut sila rujuk memoir shamsiah fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Abu Samah.juga video 10 thn sebelum merdeka dan revolusi 48.

psychedelicmundo said...

Hang lg power Pali.hensem, pandai main gitar, pandai buat lagu.tsk3.aku sampah je huhu...