Masih ramai yang belum makruf dengan masalah PPSMI ini. Rata-rata yang menyokongnya adalah mereka yang terpelajar juga ataupun fanatis Mahathirism. Terasa sedih juga di hati namun saya tidak menyalahkan mereka 100%. Mereka tidak faham sebenarnya. Mungkin juga tak mahu faham.
Siapalah yang tak terasa sedih bila bahasa sendiri dihenyak-henyak. Bagai malukut di tepi gantang. Kera di hutan di susukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan.
Di harap Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dapat memperluaskan lagi jaringan demi memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia di dalam khasnya dan luar negara amnya. Saya akan menyentuh lagi bab ini sedikit masa lagi.
Siang tadi telah selamatlah pengebumian jenazah seorang aktivis PAS kawasan Gopeng,Ipoh Perak, Cikgu Ismail Jamail Bin Mohd Isa yang mesra dengan panggilan Pak Co dikalangan sanak saudara.
Jenazah di kebumikan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Pak Co menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang semalam (18 Mac 2009) sebelum waktu Maghrib.
Kenangan terakhir bersama beliau ialah ketika pulang ke Malaysia cuti semester yang lepas. Kami bermain Pintar Jawi(scrabble edisi jawi) yang direkacipta oleh beliau sendiri."Belum ada lagi orang buat. Pak Co sendiri yang buat ni. Siap dengan score sheet sekali" kata Pak Co. Sempat juga kami mengesyorkan agar Pak Co mempaternkan ciptaannya itu.
Ternyata arwah Pak Co sememangnya kreatif. Watak Pak Co yang sentiasa ceria sering menghidupkan suasana.
Semoga Tuhan sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya kepada roh Pak Co. Salut Pak Co