Showing posts with label PPMSI. Show all posts
Showing posts with label PPMSI. Show all posts

Saturday, 8 August 2009

Jangan jadi ibu bapa yang poyo!!!!

Berita ini amat-amat mengecewakan saya. Selaku anak saya tak kan mengaku ini adalah ibu dan bapa saya. Sememangnya mereka yang tinggal di kawasan-kawasan ini memang orang Malaysia yang nak jadi lebih putih dari orang puteh. Yang nak bermadam dan ber mister. Mereka ini memang ibu bapa yang poyo!!!!!!!!!!!

Thursday, 28 May 2009

Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena-Buat Mahasiswa Pro PPSMI

"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara.

Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal. Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.


Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini. Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik.

Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa bangga (terhadap) bahasa Melayu di kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa. Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk politik, yang dilihat lebih besar dan wahid (pertama) berbanding bahasa bangsanya."

Datuk Dr Anwar Ridhwan, 'Arah dan Cabaran Penulis Muda' di Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009.

Terima Kasih Faisal Tehrani

Monday, 23 March 2009

Dari Masjid ke Istana Negara

I

Dari Masjid ke Istana Negara

Manusia berbondong-bondong

Ada yang bertongkat ada yang berkerusi roda

Ada Pak Tua yang berbaju Melayu merah Jambu

Dia turun ke jalan raya bersama-sama rakyat terbanyak

Hatinya sayu mengenang Bahasa Ibundanya di henyak-henyak

Walau ditarik apa jua gelarannya

Yang menghamun dengan sindirannya

“Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua”

Dia tidak ambil pusing

Dia akan berjalan dari Masjid ke Istana Negara


II

Dari Masjid ke Istana Negara

Ada segerombolan orang asal Tanah Bertuah ini

Turut sama tersinggung bila orang besar di dalam kaca televisyen (Yang jarang-jarang dimilik oleh suku sakatnya)

Menyatakan perlu berbahasa penjajah jika mahu menjadi maju

“Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri” hujahnya

Pemimpin ini tidak sedar bangsa yang membunuh bahasa dan budayanya

Akan turut mati oleh lidah dan tangan-tangan mereka sendiri

Tanpa perlu benggali putih datang untuk kali kedua

Namun malang orang asal itu di halang ratusan anjing-anjing liar

Yang imannya hanya kepada tuannya

Meratah dan menyalak

Walau mahu berjalan dari Masjid ke Istana Negara


III

Dari Masjid ke Istana Negara

Ada anak-anak muda dan pak tua

Mengusung keranda 152

Tanda terbujur kakunya bahasa tercinta

Yang menyesakkan dada anak-anak di desa

Yang merunsingkan kepala anak-anak di kota

Walau yang sesak dada dan runsing itu anak bangsanya sendiri

Namun sang penguasa hanya sendat dan padatnya kepala

Dengan hijau ringgit dan teman-teman mabuknya

Keranda itu akan di usung dan akan di semadikan di pinggir pagar Istana

Biar anak bangsanya tatap dan talkinkan mayat itu

Kalau itu mahu sang penguasa durjana

Andai Keris mampu melihat semua ini

Pasti dia tersenyum tanda juangnya belum terpadam

Langit umpama memayungi anak-anak muda dan pak tua

Turut juga menitis air mata dari kaki langit dunia

Dari Masjid ke Istana Negara



IV

Lalu muntah cecair dan butir-butir kimia di tujah ke arah mereka

Layak medan perang di musuhi mereka

Benci dan jijik membusung di dada

Jangan biarkan seorang pun mara ke Istana

Hancur lah negara huru hara lah jadinya

Kalau dibiar orang-orang ini menyatakan hasratnya

Kepada payung dan penyatu rakyat jelata

Akan musnah lah negara akan leburlah nusa

Alasan jijik dan kotor menjadi syahadah mereka

Buat pejuang dan pencinta bahasa

Yang mahu berjalan dari Masjid ke Istana Negara



V

Biar pedih mata biar berpusing kepala

Biar sakit di luar biar perit jasad

Namun rakyat jelata sampai jua ke pagar Istana

Menghadap kepala Negara

Menyatakan dengan suci hatinya

Dasar ini hanya akan memusnah kan bangsa

Memamah setiap inci urat saraf nusa

Mengerat lidah-lidah bahasa

Konon mengejar syaitan bernama maju dan kuasa

Mereka berjaya merobohkan pecacai-pecacai yang mengangkang di jalan

Tidak sedikit pun gentar dan gusar hinggap di jiwa dan hati pejuang pecinta ini

Yang berjalan dari Masjid ke Istana Negara


V

Salut teman-teman ku

Salut komrad-komrad sekalian

Jangan takut jangan cabut

Anak bangsa dan cucu cicit mu

Tak kan marah datuk dan nenek moyang mereka

Mencipta sejarah buat tatapan generasi mendatang

Yang berjalan dari Masjid ke Istana Negara

Monday, 9 March 2009

7 Mac 2009 (puisi buat teman-teman di timur tengah yamg masih leka)

Jangan leka jangan lupa
Pejuang Bahasa dah ke jalan raya
Disambut mesra rakyat jelata
Tak lupa juga anjing di Raja

Ini bukan masalah tembolok
Bukan mahu untuk di olok-olok
Enam tahun berlalu tak siapa yang endah
Memang Gerombolan mencari padah

Rupa-rupanya beginilah cara menyelamatkan bahasa
Keluh Mat Bunga Bangsar Utama
Mata pedih kepala berpinar
Kulitnya tua jiwanya muda

Mengapa kamu masih membisu
Lupakah dikau tanggungjawab mu
Kehulu kehilir siang dan malam
Lena terjelepuk di bawah hiram

Ingat-ingat wahai sahabat
Engkau di sini bukan percuma
Eloklah beringat sebelum pulang
Menegur masyarakat yang tunggang langgang

Kita di sini hanya sementara
Persiapkan diri sebelum ke sana
Tanah air dan hari muka
Agar pulang mu tak sia-sia

Timur Tengah tanahnya gersang
Namun tak kering dek keringat pejuang
Merdeka dahulu jasa mereka
Tugas kita meneruskannya

salut buat teman-teman dan demonstran 7 Mac 2009

Tuesday, 3 February 2009

Jangan Bunuh Bahasa Ibunda








Ini bukan niat nak masuk jawi bagi cina muallaf yang baru masuk Melayu. Bukan juga larangan di dinding-dinding masjid atau pinggir-pinggir jalan menuju ke kebun bunga. Ini adalah kata-kata hikmah dan amaran seorang penulis muda, seniman jalanan sejati tak mengharap walau sekupang pun dari bapak menteri, Rahmat Haron.

Tempoh hari di ibu kota berlangsung pelancaran Gerakan Mansuh Program Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP). Gerakan utuh mencabar dasar bangsat kerajaan memaksa anak-anak bangsa Malaysia belajar Sains dan Matematik dalam lidah penjajah. Program bermula tepat jam 3 petang. Seawal jam 2.00, sudah mula berkumpul di dataran Sogo. Hujan lebat turun mencurah semahu-mahunya namun merenyai sebaik program hendak dimulai. Kelibat pejuang-pencinta bahasa muncul seorang-demi seorang. Antara yang awal-awal tiba ialah Ainon Mohamad, Dr Abdullah Hassan, Dr Shahrir Md Zain dan Dato’ Hassan Ahmad. Pak Samad hadir lewat sedikit. Diikuti Khalid Salleh dan Pyan Habib. Para wartawan, penulis juga aktivis politik juga mula terpacul ketika hampir program hendak dimulai.





Hadir bersama beberapa orang teman, kami mula sedari kelibat siput-siput babi (SB) memesang mata dan telinga berlagak selamba dan seperti biasa kalau tak kena cara bila-bila masa akan menjadi alat pencetus rusuh. Namun syukur tiada sebarang perkara bodoh berlaku.

Tepat jam 3.00 petang acara pun bermula. Gerakan dilancarkan dengan pengumuman road-show satu semenanjung dan kemuncaknya pada 7 Mac 2009 di hadapan Istana Negara. Pengurusi GMP, Dato’ Hassan Ahmad juga sempat menjawab beberapa soalan daripada pihak wartawan. Suka di ingatkan program petang Sabtu lalu bukanlah program kemuncak kepada gerakan ini namun hanyalah upacara buka gelanggang sebelum sesi penerangan seluruh negara dimulakan.



Seawal jam 3.30 petang program selesai. Cukup ringkas dan padat. Tidak ada ceramah, tidak ada pekikan tidak ada gas pemedih mata. Ini hanya permulaan. Pelancaran gerakan menentang dasar bangang kerajaan Barisan Nasional. Khalas. Selepas pelancaran masing-masing bersantai-santai di kedai kopi di sebelah pintu masuk Sogo. Mungkin Polis juga terpinga-pinga dengan pelancaran yang sekilas ikan di air lagaknya ini. Mungkin sudah terbayang ada yang akan makan belantan. Atau kenyang menelan gas. Namun sekelumit pun tidak tersentuh para peserta pra-demonstrasi ini.





Saya bersama teman-teman mengedar risalah program. Terdetik juga sedih di hati apabila terdapat beberapa kerat manusia berkulit sawa matang yang kami yakin bangsanya Melayu seolah mencemuh usaha mengembalikan nilai sebenar bahasa ibunda ini. Seorang penjaja kaedah matematik yang biasa mindar-mundar di tengah kota (orang Melayu juga) separuh melaung, menghala kan pembesar suara memperkecilkan Gerakan Mansuh PPSMI ini. Walhal, kaum lain yang membanjiri kawasan ibu kota saat itu kalaupun tidak terlibat dengan GMP tidak pun memperlekehkan usaha ini.





Sehingga jam 5.00 petang, risalah-risalah program masih berbaki. Para petugas berbaju biru masih setia menunggu kami di kaki lima. Kira-kira jam 5.30, kami pun mula beredar untuk pulang. Petang Sabtu di ibukota akan di kenang sampai keliang.

foto ihsan Mohd Sayuti Omar

Tuesday, 16 December 2008

Mind Your Language(Buat teman-teman yang ke PICC hari ini)


Aku seorang di bilik.Rakan sebilik keluar menyiapkan tugasan.Aku seorang tapi berlabon dengan teman-teman di kampung.Jordan masih sejuk.dan makin sejuk.Syari' jamiah tiada beza. Manusia penuh macam ulat. Ada peniaga menjual mainan. Ada menjual topi sejuk(snow cap). Ada gadis dan pemuda arab menghisap syisya di dalam kedai. Ada yang sedang menikmati Arabi cheese yang panas dan ranggup. Ada yang sedang menikmati Gohwah Arabi dan Syai di simpang jalan Ada peniaga kaki lima menjual rokok seludup dari Amerika. Yang lain terus berjalan, terus berlalu. Ada wanita mendodoi anak meminta sedekah di pintu nafaq(terowong penjalan kaki). Yang lain terus berlalu terus berjalan.

Semalam ada pemuda membaling kasut ke muka musuh no 1 dunia. George W Bush. Die bilang tidak apa-apa. Hari ini ada teman-teman ke Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya. Ada Teras, ada PKPIM, ada Dong Zong. Semua pencinta bahasa ibunda. Semua mahu memartabatkan identiti bangsa. Ya aku pernah bercakap tentang bahasa. Tapi isu nya tidak sama. Kali ini lebih jelas. Untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai membentuk anak-anak sedari kecil mengenal bahasa dan bangsanya.agar dapat meneroka ilmu lain dan membina jiwa. Cemburu dijiwa tatkala teman-teman masih ligat di kota putrajaya. Namun aku masih di sini.

Tapi aku masih tak faham. Sedang kan negara-negara maju yang lain masih utuh bahasanya sendiri. Masih kekal budayanya sendiri. Tidak pun bermasalah denagan hal ini. Mungkin ada yang berpendapat. Bahasa Inggeris digunakan dalam Matematik dan Sains akan memantapkan lagi bahasa Inggeris mereka.Betulkah begitu. Perlukah berAlgebra dalam bertanya khabar kepada mem orang puteh di kota London. Atau berNucleus ketika mengucap cinta pada kekasih di San Francisco. Mungkin ada tapi mahaganjil.

Berbahasa lah apa pun jangan korban kan perkara lain. Aku yakin peratus yang akan mengusai kedua-duanya(Bahasa Inggeris dan Sains Matematik) tidaklah akan memertabatkan Negara. Bahasa Melayu? Akan semakin pupus di bumi Tanah melayu ini sendiri akhirnya.

Aku masih seorang di bilik.