Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Sunday, 20 December 2009

Perihal niat dan Bahasa Melayu




Niat teramat penting dalam apa juga amalan sehari-hari kita. Kalau kita semak dalam Himpunan hadis 40 Imam Nawawi ( Matan Arbain) kita akan dapati hadis pertama dalam koleksi hadis-hadis tersebut juga berkaitan dengan niat. Perkara ini merupakan pra-syarat dalam apa juga tindakan kita. Namun niat sahaja tidak cukup. Seperti kata pujangga, niat tidak semestinya mengahalalkan cara. No matter how "noble" the ends, they never justify the means. Kita tidak mahu tergolong dalam mazhab Machiavellism yang diungkapkan dalam mognum opus nya The Prince.

Saya ada dua cerita kali ini. Mungkinlah tak sehebat kawan saya Langit Ilahi, tapi ini lah ceritanya.

Saya percaya ada di kalangan warga sudah menyaksikan manifestasi kepada mazhab Machiavellism ini. Bukan dilakukan oleh kafir yahudi atau nasrani tetapi oleh sebuah blog yang dipercayai dimiliki oleh seorang pelajar Melayu Islam yang menuntut di Mesir. Blog ini memaparkan sebuah entri yang bertajuk “Hormati bumi nabi, bumi berkat balasan pon on the spot. Ingat azab seksa dunia akhirat” dengan memaparkan gambar-gambar kenalan mereka yang melancong sekitar Mesir dengan niat untuk berdakwah dan menegur rakan-rakan mereka yang dianggap SESAT ini.

Saya tidak berniat mahu membicarakan hal pakaian dan kelakuan dalam gambar-gambar tersebut kerana mungkin dari Malaysia mereka sudah pun memang berpakaian sedemikian mahupun membela perkara yang salah. Cuma tindakan mendedah kan gambar-gambar tersebut dalam internet semata-mata, tidak mencermin sikap professional dan kebertanggungjawaban dalam dakwah. Sedangkan kita tahu walaupun seseorang dituduh berzina sekali pun salah kita mendedah dan menghebah-hebahkan hal peribadi orang itu.

Pendakwah sebegini hanya gagah membebel tentang Islam dibalik komputer tanpa ada langsung kerangka konkrit menyelesai masalah “rosak akhlak ini”. It’s maybe a temporary cure but no preventation. Orang yang ditegur takkan insaf malah mungkin bertambah-tambah benci pula diperlaku sedemikian rupa. ( Sebahagian besar gambar dari entri berkenaan sudah pun di padam. Klik sini)

Baik. Cerita kedua adalah mengenai seorang menteri Malaysia yang terkenal dengan thesis ijazah kedoktoran beliau “Freedom Under Executive Power in Malaysia” (Kebebasan di bawah Kuasa Eksekutif di Malaysia) beberapa bulan yang lalu telah mengadakan sidang media berkenaan sambutan kemerdekaan Malaya. Salah seorang wartawan yang hadir bertanyakana soalan dalam bahasa Inggeris. Soalan itu direspon deagan herdikan balik seperti “Anda dari akhbar mana? Cakap lah bahasa kebangsaan sikit”. Dan “Where were you educated. You cannot speak bahasa (Bahasa Melayu) at all”. Di sinilah kepentingan niat tadi perlu dilihat semula.

Sememangnya saya memuji niat menteri tersebut ingin memartabatkan Bahasa Melayu cumanya cara beliau menzahirkan niat itu tidak tepat. Tidak perlu rasanya beliau mengherdik dengan mimik muka dan soalan yang sedemikian dikhalayak ramai. Sudah pasti wartawan tersebut malu alah di hadapan puluhan yang hadir. Pak menteri boleh sahaja menjawab soalan tersebut dalam Bahasa Melayu sungguhpun soalannya dalam Bahasa Inggeris.

Cuba kita perhatikan masyarakat dari negara maju yang lain. Korea, Jepun, Perancis hatta negara komunis sendiri seperti Cuba ketika menjawab soalan wartawan asing. Sungguhpun soalannya dalam bahasa Inggeris dan yang ditanya juga faham bahasa Inggeris, tetapi jawapan mereka pasti akan keluar dalam bahasa ibunda mereka juga. Ini sebenarnya cara memartabatkan bahasa ibunda kita. Satu bentuk promosi memperdengarkan bahasa kita kepada khalayak sebenarnya.

Saya akui masih terdapat saki baki rakyat Malaysia baik Melayu, Cina India atau suku kaum apa pun yang masih gagal berbahasa Melayu atau Malaysia dengan betul. Mereka bukan jenis manusia yang bodoh. Kebanyakaannya berpendidikan tinggi. Cuma rasa mual, loya ataupun kurang senang dengan bahasa sendiri. Takde standart menurut mereka. Sehingga ada manusia yang sampai sanggup mengeluarkan ayat “I sound like, stupid, if I speak in Malay, so I’ll speak in English”. (klik sini) Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Ini salah satu contoh penghinaan kepada bahasa Melayu sendiri sebenarnya.

Lebih 50 tahun penjajah meninggal kan negara ini. Tetapi mentalitinya rakyatnya masih seperti zaman kolonial lagi. Merasakan bahasa penjajah itu lebih mudah dan sedap didengar. Jika sememangnya mereka berasa kurangnya ilmu tentang bahasa itu sendiri, menjadi tanggungjawab individu itu juga sebenarnya untuk belajar. Lihat peniaga-peniaga di Times Square. Dek kerana ramainya pelancong arab yang membanjiri negara saban tahun, maka peniaga-peniaga ini sanggup pula belajar serba sedikit kalimah-kalimah arab. Jadi bahasa Melayu lebih lagi patut kita pelajari dan bercakaplah dengan Bahasa Melayu yang betul.


Sunday, 1 November 2009

Sekelumit tentang mahasiswa...

Dr Asri Zainal Abidin diberkas pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis sejurus selepas beliau selesai memberi kuliah bulanan di Taman Seri UKay di Ulu Kelang. Beliau dipercayai ditahan atas tuduhan mengajar tanpa tauliah.

Saya bukan pengkagum Dr Asri tapi saya punya rasa hormat terhadap beliau kerana beliau seorang yang berpendirian, seorang yang punya idealisme dan suka kepada pendekatan-pendekatan yang baru. Beliau berbakat dalam penulisan kreatif seperti sajak dan menulis lirik lagu. Walaupun ramai yang mempertikai kan kebolehan beliau dalam bidang perundangan Islam (Fiqh dan Usulfiqh) sementelahan beliaumerupakan seorang pelajaran jurusan Bahasa Arab di University of Jordan Amman Jordan, tapi persoalan itu masih boleh didebatkan.

Saya tidak lah ingin bercakap soal layak atau tidak layak beliau mengajar agama itu. Soalnya sekarang ruang bersuara dan memberi pendapat di dalam Malaysia perlu diakui dicengkam oleh tangan-tangan ghaib. Tangan-tangan itu kadang kala muncul dengan pelbagai rupa dan wajah tanpa kita sedari.

Cuba saudara-saudari bayang kan guru agama yang mengajar kitab-kitab mu’tabar ini pon dianggap sebagai bermasalah tidak hairan lah kes-kes jenayah mengalami peningkatan seperti mana yang dilaporkan di dalam parlimen.

Jadi apa relevannya permasalahan ini dengan mahasiswa? Selaku mahasiswa kitas harus sedar Malaysia bukanlah seindah yang kita gambarkan atau yang kita acapkali tonton dalam video yang ditayangkan setiap kali Maa’rad Thaqofi. Kita puny persoalan yang lebih besar dari sekadar mencari-cari seluar dan baju di bundle. Lebih besar dari soal muraqib akhwat.

Bagi saya, persoalan-persoalan besar ini harus sama-sama kita fikirkan selain daripada kempen-kempen (e.g. Ikhtilat sifar)dan syllabus MEKAP yang sedia ada. Kerana kita harus berhenti “membebel tentang Islam” tanpa membawa perkara-perkara yang lebih realistik untuk disampaikan ke tengah masyarakat menjadikan Islam ini terbiar hanya di Masjid-masjid,surau-surau ataupun kelas-kelas agama.

p/s: masih menunggu forum ISA di buat di Jordan.

Thursday, 23 April 2009

Aduhai Bahasa Ku......

Masih ramai yang belum makruf dengan masalah PPSMI ini. Rata-rata yang menyokongnya adalah mereka yang terpelajar juga ataupun fanatis Mahathirism. Terasa sedih juga di hati namun saya tidak menyalahkan mereka 100%. Mereka tidak faham sebenarnya. Mungkin juga tak mahu faham.


Siapalah yang tak terasa sedih bila bahasa sendiri dihenyak-henyak. Bagai malukut di tepi gantang. Kera di hutan di susukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan.


Di harap Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dapat memperluaskan lagi jaringan demi memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia di dalam khasnya dan luar negara amnya. Saya akan menyentuh lagi bab ini sedikit masa lagi.