Friday, 9 October 2009

Dunia yang kejam

Malam-malam yang indah hanya datang sekali. Aku hanya rasa gembira bila aku sudah tidak punya sesiapa dalam dunia. Dia meninggal kan aku saat aku perlukan dia. Dia sudah berjumpa orang yang mampu memberi tawa riang padanya. Aku maafkan dia kerana aku sudah tidak mampu mencari ketenangan lagi hanya dengan botol-botol kecewa hahahah

Dia kini sudah milik orang lain. Aku hanya mampu berdoa untuknya dri jauh walau aku tahu Tuhan sudah menempelak kau saat aku berdoa padaNya. Namun aku cukup gembira saat ini. Tiada yang mampu mencetus rasa ini. Saat aku sudah tidak punya harga diri. Kecewa dan murung murung dan kecewa hanya bait-bait basi yang sering dinyanyi kan oleh penyair dan didendang dengan lagu kasih dan sayang. Hahahhhaha

Siapa yang pernah mengecap nikmat orang bercinta namun dan dengan nikmat itu hatinya dihurung luluh dan hancur berkecai akan merasa apa aku rasa. Bintang-bintang sudah lagi tiada makna bagi ku. Walau Usman Awang datang bergurindam syair puitis bagi ku buat dodoian malam hari.

Aku ingin bebas walau hati terjerit perih dan hacur ditinggal kekasih.

Dunia kejam pada mereka yang menyembah dan sujud pada kehendaknya…

3 comments:

guntur said...

tenang wahai saudaraku

pendokong revolusi harus berhati batu

tak goyah dek emosi
tak cair dek pujukan

psychedelicmundo said...

ye btol2..ini hannye perkare picisan..hrus dlupe bgtu shaje..

..akmal ain kamal.. said...

go2 along...hohoho