Manusia sekira-kira dalam hidupnya yang normal akan sentiasa dilingkungi oleh perkara=perkara yang betul dan salah. Terkadang perkara itu betul pada fikirannya namun salah pada tanggapan pada orang lain. Tekadang salah pada fikirannya namun betul pada orang lain. Begitulah hidup ini berputar-putar sehingga tiba hari kiamat kelak. Tiada yang dapat lari dari 2 perkara yang menjadi factor penting dalam plot kehidupan manusia ini.
Persoalannya perkara mana yang harus kita utamakan? Adakah betul pada fikiran kita tapi salah pada fikiran yang lain ataupun biarkan kita mengikut suara terbanyak yang betul sungguhpun pada hemat kita sendiri perkara itu seratus peratus salah? Manusia teramai akan dating dalam pelbagai bentuk. Kisah ini dinukilkan dengan cukup indah dalam perjalan Luqmanul Hakim dengan anaknya yang menunggang keldai. Pada setengah tempat ada yang menyuruh Luqman naik ke atas keldai kerana dia lebih tua. Ada kedapatan manusia yang menyarankan anaknya yang kecil duduk di atas keldai kerana kasihan kan anaknya itu terpaksa berjalan sedang umurnya belum cukup besar. Ada pula yang menyatakan kedua-duanya pula duduk di atas keldai itu namun kasihan pula pada keldai yang terpaksa menanggung beban dua orang manusia. Maka turun pula kedua mereka sehingga ada pula yang menyatakan bodoh lah keduanya kerana punya keldai namun tak ditunggangi.
Begitulah manusia. Manusia akan datang dengan pelbagai ragam. Hampir mustahil kita dapat memuaskan hati semua. Namun mustahil pula kita menghancurkan pula hati semua. Jadi kayu ukurnya hanyalah pokok pangkal perkara itu sendiri. Jika kita sendiri merasakan perkara itu baik dan tidak punya mudharat lakukan lah dengan sebaik mungkin. Jangan sekali-kali ditangguh. Jangan beri peluang untuk kita sendiri membuat silap. Kerana sungguhpun kita cuba membuat yang terbaik, jika ada satu kesalahan besar kuman yang kita lakukan sama ada kita sedari atau tidak manusia-manusia sekililing kita akan membantai kita dari segenap sudut melalui lubang sebesar kuman itu tadi. Sekiranya kita dibanatai saat itu, mungkin orang yang kita percaya selama ini pun akan turut membantai kita apatah lagi yang selama ini memusuhi kita.
“Anyone who proposes to do good must not expect people to roll stones out of his way, but must accept his lot calmly if they even roll a few more upon it.”- Albert Schweitzer
1 comment:
boleh buat ucapan dasar AGM =)
Post a Comment