Tsunami politik 8 Mac 2008 masih lagi di rasakan sehinggakan malam 17 Januari 2009 yang lalu. Sekali lagi rakyat, penguasa sebenar negara menunjukkan tanggungjawab mereka menampar keangkuhan, kejijikan dan kebodohan gerombolan United Malays National Organization dan Barisan Nasional. Walau jutaan ringgit di curah, walau berbagai macam ugutan di cekik di rekung rakyat Kuala Terengganu, namun berpantang ajal sebelum maut, rakyat berjuang berhabis-habisan di atas kertas undi.
Beberapa perkara suka di lihat oleh aku dan aku percaya ramai juga yang beranggapan begini. Rakyat kian hari kian muak dengan propaganda murahan gerombolan United Malays National Organization. Walau pelbagai alasan diberi seperti 8 Mac 2008, Barisan nasional kununnya tewas kerana undi protes, 26 Ogos 2008 tewas pula kerana kononnya Permatang Pauh adalah kubu Anwar Ibrahim maka apa pula alasan mereka tentang kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu. Dengan jumlah penggundi seramai 80,325 dan pengundi Cina mewakili hampir 11% daripada jumlah tersebut, ternyata alasan-alasan cabuk yang membusuk, bersifat perkauman, menjaja berita-berita karut tidak harus diberikan lagi dan wajib dihumban ke Laut China Selatan.
Sebagai kesimpulan awal, pakatan Dalam Pakatan Rakyat nyata makin matang. Pelbagai isu yang timbul di selesaikan dengan penuh berhemah. Dalam Gerombolan United Malays National Organization menabur pelbagai cereka dan citra berbaur perkauman, hasutan dan dakyah pihak Pakatan tenang berkempen dengan hujah, fakta dan isu-isu yang lebih relevan. Sebagai contoh royalti minyak yang dinafikan oleh kerajaan pusat terhadap penduduk Terengganu sendiri, soal ekonomi rakyat, hubungan antara kaum yang amat-amat dititkberatkan dan rasuah yang makin membarah menjadi intipati kempen-kempen Pakatan. Justeru rakyat yang kian celik lebih mudah memahami apa yang ingin Pakatan Rakyat tawarkan.
Inilah tunjang wajib Pakatan Rakyat. Perkara pokok yang harus ditekan, diambil peduli dan menjadi budaya dalam PR. Hentikan serangan-serangan peribadi yang tidak ada hubung kait satu apa pun dengan dasar perjuangan yang murni, yang dipusakai pejuang-pejuang tua kita dahulu. Pastikan rakyat mengundi dengan ilmu. Menilik segala apa tindak tanduk siapa juga yang bertanding dengan ilmu. Dan sudah pasti menghukum kesalahan-kesalahan pemimpin mereka dengan ilmu. Suburkan budaya demokrasi dari peringkat pucuk pimpinan hingga mengakar umbi. Zahirkan perubahan ini bukan bersifat sementara atau sekadar ikut-ikutan
Ilmu jugalah pembeza manusia dengan segala macam ciptaan Tuhan yang lain. Sekiranya perkara ini menjadi budaya umat
Malam sunyi alam berlagu
Mulia manusia kerana budi
Mulia budi pancaran ilmu
Munyulam jala dipinggir kali
Kerna terkoyak dek ombak kiamat
Pemimpin usah leka bermimpi
Suara rakyat suara keramat
No comments:
Post a Comment