Bukan sengaja melawan arus macam setengah-setengah kaum tu. Tapi aku loya melihat tindakan tak pandai setengah 'pejuang-pejuang' melayau yang dah payau dan sasau barangkali.Ini bukan isu yoga ataupun pengkid.Tapi isu zakat kepada orang bukan Islam yang diajukan oleh Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim.
Alkesah bermula seusai ADUN Kota Damansara tersebut bertanya kan tentang bolehkah duit zakat diberikan kepada orang bukan Muslim dalam sidang dewan undangan negeri Selangor tempoh hari.Kita memang sedia maklum di Malaysia sesuatu yang baru itu walaupun tidak ada salahnya,tapi kalau tidak seperti orang lain akan kelihatan salah benar.Seolah-olah yang pasti betul itu ialah yang dilakukan oleh kebanyakan orang walaupun jelas salahnya.
Lantas apa tindakan segelintir 'pejuang-pejuang Melayau' yang payau dan tolol itu buat.Berdemo dan mengeji Dr.Nasir di hadapan pejabatnya di Kota Damansara.Tak percaya tengok web site PSM.Memang kelihatan bodoh dan memang bodoh pon.Kalau tak tahu bertanya yang tahu.Begitu jugak Dr.Nasir.Beliau tak tahu lantas bertanya hal itu.Itu pon salah ke?Adakah tindakan it u membuat kan beliau keluar dari imannya?adakah itu faktor yang boleh dicabut Islamnya?
Ada segelintir pendapat yang mengatakan hal ini tidak lah patut Dr.Nasir ajukan secara terbuka.Walaupun tidaklah salah tindakannya namun sebaiknya beliau sendiri bertanya dahulu kepada yang lebih arif. Tapi tidaklah pula di sambut plycard 'jangan jadi manusia bertopengkan syaitan Dr.Nasir' atau 'Dr. Nasir perosak agama'.Inikah kah adab 'agreed to disagree' yang diajarkan oleh agama dari dulu lagi.
Aku percaya perkara ini tidak lah menjadi satu hukum yang Qotie'. Sila rujuk laman web Mufti Negeri Perlis www.drmaza.com. Antara lain Dr.Asri menulis.
"Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam.
Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah. Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka."
Aku percaya ini bukan masalah Dr.Nasir dan sosialis.Ini bukan masalah non-Muslim vs. Muslim. Ini masalah para 'pejuang Melayau yang sasau' yang seratus peratus jahil. Jangan menangguk di air keroh. Jangan jadikan agama sebuah sentimen sempit yang sebenarnya merosakan agama dan menyebabkan orang memandang serong pada agama.Islam itu mudah.Jangan terpalit jahil manusia pada agama seakan-akan Islam itu menyusahkan pula. Gunakan lah wang zakat semaksimum mungkin. Jangan disimpan dilabur entah kemana.Cukop-cukoplah negara ni penoh dengan kejahilan terlampau dan kebejatan mundur akal.
No comments:
Post a Comment