Monday 18 April 2011

Rekah







"Kau betul-betul nak tinggal kan dia?",Kimmi tiba-tiba memecahkan perbualan tengahari itu dengan soalan yang Mansur rasa seperti kilat itu. Sampai dia menjenguk ke luar tingkap untuk melihat kalau-kalu betul-betul ada kilat. Tapi hari ini panas terik. Maka memang tidak ada kilat Suhu di bandar I ini hampir-hampir sama dengan suhu di Mekah,tempat orang naik haji tiap-tiap tahun itu.




"Entah lah.Aku bukan tak suka dia.Aku suka.Tapi entah lah.Eh dah lah dah lah.Nak fikir pasal dia sampai esok pun kerja kita tak siap" , jawab Mansur separuh malas. Cuaca di luar masih panas. Mereka masih dalam perpustakaan menyiapkan kerja-kerja yang di beri Dr sukun sebentar tadi. Tajuk hari ini "Hadis-hadis yang di susun berdasarkan bab-bab feqah". Mansur seperti biasa mengetuai kumpulan studi kecil itu mencari kitab-kitab di tingkat satu dan Kimmi di tingkat dua. Mereka suka kerja berdua sahaja. Mudah. Senang diharap.Tak banyak kira. Selesai kitab-kitab yang yang sesuai dikumpulkan,satu persatu hadis-hadis itu disalin semula di dalam satu lembar kertas kajang putih bersih. Mansur dan Kimmi menyalin rapi-rapi dan jelas-jelas sanad dan matan hadis-hadis berkenaan supaya mudah pula dibaca nanti. Esok kalau-kalau disoal Dr Sukun,pensyarah yang ceria tetapi unexpectable, mudah pula nak dirujuk. Hampir masuk waktu Asar baru mereka sudahkan kerja-kerja tersebut. Kimmi menjeling jam di dilengannya dan mengajak Mansur pulang.


"Ok.Kerja dah settle.Aku nak tanya balik pasal cerita kau tadi. Aku dah bilang.Kau memang tak kan boleh lupa kan dia.Cakap konon casual sangat. Walhal.Sekarang baru kau tahu",sekali lagi Kimmi bersuara. Budak ini memang nak sangat tahu cerita si Mansur. Seperti nak menang pilihanraya lagaknya mendesak Mansur mencerita kan kisahnya itu. Mansur diam. Dia merenung muka Kimmi yang putih kuning itu. "Ok-ok kalau kau nak tahu sangat pasal semalam,kau kena teman aku makan. Dari pagi perut aku sudah menguak mintak diisi. Lagi pun aku malas nak balik rumah lagi",jawab Mansur. "Jom. Aku teman kau makan. Tapi aku dah makan sebelum kelas Dr Sukun tadi. Kau tau kan sebelum kelas aku mesti makan. Kalau tidak dalam kelas aku asik teringat nak makan saja huhuhu", Kimmi menyudahkan kata dengan tergelak manja. Mansur hanya diam malas nak layan manja Kimmi sambil menahan teksi menuju sebuah gedung membeli belah tempat anak-anak muda bersiar-siar di kala panas terik begini.



Selesai makan Mansur membetul-betulkan duduknya mencari sempurna. Dia merenung muka Kimmi yang tak sabar-sabar nak dengar cerita Mansur itu. "Sebenarnya...",Mansur terdiam sebentar. Dia menjeling ke arah pakcik tukang sapu berbaju jingga yang sedang tekun membersih meja. "Cepat lah!",Kimmi bersuara mintak Mansur menyeudahkan kata-katanya. "...Dragon Ball ada tujuh bijik semuanya hahahahahahah". Mansur ketawa sendiri walaupun kalau ikutkan tidaklah selawak mana."Kurang asam punya budak",getus Kimmi tetapi tidak begitu kuat. Si Mansur terus menerus gelak bagai dirasuk jin tanah. Namun disebalik gelak tawa itu Kimmi faham. Mansur sengaja tidak mahu membuka kisah semalam. Sebab dia tahu dalam hati batu Mansur itu,ada sedikit rekah yang bukan main-main. Rekah lama yang sengaja di tutup dengan lawak tidak menjadinya. Rekah yang kalau tak di simen betul akan senasib dengan Stadium Sultaz Mizan di Gong Badak itu.




No comments: